SEJARAH PERKEMBANGAN MULTIMEDIA
Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer di rumah dan pejabat telah dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang sosfitikated bagi mempercepatkan pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti kerja harian. Penggunan komputer juga membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA BERUBAH SELARAS DENGAN PERUBAHAN TEKNOLOGI KOMPUTER.
Pada tahun 60-an, komputer rangka (main frame computer), digunakan untuk mengendalikan pangkalan data korporat yang besar dan sistem kewangan.
1970-an, terminal komputer digunakan oleh organisasi untuk menyebar dan menguruskan maklumat.
Era 1980-an, rekabentuk komputer diubahsuai dimana ia menjadi lebih mudah digunakan. Semua orang boleh memiliki komputer untuk melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan, kerja kira-kira, permainan komputer dan sebagainya.
1980-1990-an, perkembangan penciptaan komputer semakin drastik sehingga mencapai tahap yang tidak tergambar sebelum ini. Dalam masa yang sama, perkembangan teknologi ini telah membawa kepada :
(a) Menghasilkan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju.
(b) Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer.
(c) Kapasiti muatan storan data yang lebih besar di dalam pemacu keras (hardisk) dan CD-ROMs.
(d) Audio dan video digital.
(e) Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objek dengan menggunakan tetikus. Arahan berasaskan antaramuka pengguna bergrafik memudahkan pengguna melakukan proses-proses yang dikehendaki dengan lebih mudah.
(f) Rangkaian LAN dan WAN secara meluas membolehkan pengguna berhubung dengan seluruh dunia.